Kota KinabaluSabah

Tempat Makan yang Menarik di Kota Kinabalu

Alhamdulillah saya mendarat di Kota Kinabalu petang tadi dengan isteri saya. Petang ini hujan sekejap-sekejap. Sekejap panas terik sekejap lagi hujan. Ini memang menguji kesabaran untuk jalan jalan sakan. Setelah beberapa kali pusingan begitu dan langit nampak berawan tetapi tidak hujan kami pun nekad terus keluar berjalan kaki.

Pemandangan Waterfront dari Le Meridien

Kami berjalan kaki dari Le Meridien seberang jalan menyusuri tepi laut menuju ke arah kiri atau pun arah selatan. Di situlah water front yang berada di Laut China Selatan. Itu memang cara kami iaitu berjalan kaki. Dengan berjalan kaki boleh melihat apa yang kami suka puas-puas. Disamping itu boleh mendapat kelebihan kesihatan berjalan kaki.

Air laut disini berwarna kehijauan. Ombak nampak tidak berapa kuat munkin terhalang oleh Pulau Gaya yang boleh dilihat dari Waterfront. Tempat ini juga tidak jauh dari lapangan terbang. Semasa berada disini sering ternampak dan terdengar kapal terbang yang berlepas.

Di Waterfront Kota Kinabalu

Kami berjalan kaki sehingga lah sampai di Oceanus Waterfront Mall nak shopping sebentar. Shopping mall ini agak lengang.

Cosmetic box yang cantik di Oceanus

Terdapat sedikit sahaja pengunjung. Sebenarnya saya nak mencari sunglass yang polarize dengan reka bentuk yang cantik. Saya memang memilih. Tiada yang berkenan dihati tidak jadi lah membeli.

Kami berjalan di sekitar melihat-lihat laut dan bot yang berlabuh. Memang nyaman angin disini. Hujan pun sudah berhenti.

Kami berjalan kaki terus ke hadapan sehingga lah sampai di Anjung Senja. Jika anda ingin membeli barangan grocery anda boleh pergi ke Plaza Wawasan di seberang jalan.

Anjung Senja di Waterfront Kota Kinabalu

Anjung Senja ini adalah kawasan kedai makan makanan laut. Memang banyak kedai makan disini menjual masakan seperti ikan tiga rasa,  tomyam,  sotong, ketam, pelbagai udang.

Anjung Senja Menawarkan Masakan Yang Enak

Alhamdulillah kami sempat menjamu selera disini. Rasa masakan lebih kurang seperti di negeri sebelah utara semenanjung. Memang puas. Harga berpatutan dan kebersihan dalam kategori B. Jika anda berada di Kota Kinabalu berkunjung lah ke sini.

Alhamdulillah hari ini sejak pagi lagi di KLIA 2 berjalan kaki sehingga ke malam sampai lah 10000 langkah. Ini adalah amalan awet muda kami. Disini waktu maghrib jauh lebih awal dari waktu di Kuala Lumpur iaitu pada pukul 5:58.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi 🙂

Hasmad Ahmad
ID Shaklee 919307

Leave a Comment