makanan

Telur Adalah Terbaik

Padat dengan protein, telur adalah cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan nutrien yang penting pada bila-bila masa sepanjang hari. Ia mudah dimasak samada rebus ataupun goreng. Jika anda tidak mahu masak telur banyak disediakan di restoran-restoran. Anda munkin menyangka bahawa telur banyak kolesterol tetapi ia juga mengandungi kebanyakan vitamin dan nutrien. Makan telur adalah baik untuk kesihatan. Saya makan telur sekurang-kurangnya empat biji sehari.

Telur adalah sumber protein yang sangat murah, berkualiti tinggi. Lebih separuh protein telur ditemui dalam putih telur bersama-sama dengan vitamin B2 dan jumlah lemak dan kolesterol yang lebih rendah daripada kuning telur. Putih telur adalah sumber kaya selenium, vitamin D, B6, B12 dan mineral seperti zink, besi dan tembaga. Kuning telur mengandungi lebih banyak kalori dan lemak. Ia adalah sumber kolesterol, vitamin larut lemak A, D, E dan K dan lesitin.  Choline dan biotin, juga penting untuk pengeluaran tenaga dan pengurusan tekanan, terkandung dalam jumlah besar dalam telur. Kebanyakan nutrien ini terdapat dalam kuning telur. Telur dianggap sebagai sumber ‘lengkap’ protein kerana ia mengandungi semua sembilan asid amino penting; yang kita tidak dapat mensintesis dalam badan kita dan mesti mendapatkan dari pemakanan kita.

Choline adalah makronutrien yang penting untuk fungsi hati, perkembangan otak, fungsi saraf, pergerakan otot, menyokong tahap tenaga dan mengekalkan metabolisme yang sihat. Choline adalah nutrien larut air yang berkaitan dengan vitamin lain, seperti folat dan ia juga tergolong dalam kategori vitamin B kompleks.

Sekarang telur ada pelbagai khasiat tambahan. Setengah jenama telur kini mengandungi asid lemak omega-3, bergantung kepada apa yang diberi makan ayam. Ada yang ditambah seleneum, kolesterol dan sebagainya.

Lemak dalam kuning telur juga hampir seimbang, mengandungi kebanyakan lemak monounsaturated dan juga lemak tepu. Dan, kuning telur mengandungi asid linoleat dan linolenik – kedua-duanya adalah asid lemak yang penting. Telur tidak mempunyai karbohidrat.

Telur mesti sentiasa disimpan di dalam peti sejuk. Disebabkan kulitnya yang berpori, ada terdapat sedikit penyejatan kelembapan dari telur  melalui kulit. Ini boleh mengubah rasa dan kesegarannya.

Sekiranya anda tidak akan memasaknya dalam masa yang terdekat, simpan lah telur anda dalam bekas yang tertutup untuk mengelakkan kehilangan kelembapan. Sentiasa simpan telur dengan bahagian besar di sebelah atas. Dengan cara ini telur kuning dapat ditanggungkan dengan baiknya di dalam putih telur.

Akhirnya, sebelum anda membeli telur pastikan ia agak segar dengan melihat tarikhnya. Atau, anda boleh menggoncangkannya dekat dengan telinga anda; jika anda mendengar bunyi, ini bermakna telur itu kehilangan banyak kelembapan dari masa ke masa dan terdapat ruang udara yang besar di dalamnya. Jangan beli telur ini.  Telur juga mengandungi penghalang semulajadi – salutan pelindung yang tidak dapat dilihat yang menghalang bakteria. Jangan sekali-kali mencuci telur sebelum menyimpan kerana anda akan mengeluarkan perlindungan semulajadi ini.

Jadi anda boleh menjadikan telur  sebahagian dari pemakanan sihat anda untuk menjadikan anda awet muda.  Banyak kajian sudah dilakukan dengan kesimpulan telur adalah baik untuk kesihatan. Anda boleh masak apa cara sahaja seperti rebus penuh,  separuh masak,  telur mata,  dadar dan berbagai cara yang terbaru seperti perkongsian di media sosial seperti facebook. Saya suka yang mudah. Separuh masak atau dadak adalah kegemaran saya.

Sekian,  jumpa lagi.  🙂
Hasmad Ahmad
ID Shaklee 919307

Leave a Comment