Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua. Selamat Datang ke blog saya. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah dan membaca blog saya. Blog ini adalah cara terbaik untuk saya berkongsi dengan anda perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan yang telah saya kecapi.

Saya telah banyak melancung di dalam dan luar negara. Saya akan kongsikan tempat-tempat yang pernah saya lawati dan juga petua kesihatan tubuh badan berdasarkan pengalaman dan research yang saya buat sendiri dalam menangani masalah obesiti, tekanan darah tinggi, sakit sendi, slip disc, mobiliti dan kesihatan secara umumnya. Kesihatan adalah penting untuk melakukan aktiviti yang banyak menggunakan pergerakkan fizikal dan memerlukan stamina yang baik seperti melancung.

Dulu saya pernah bertongkat untuk pergi ke masjid, jalan-jalan dan juga untuk pergi ke tempat kerja. Saya perlu meneruskan pekerjaan walaupun terpaksa bertongkat menaiki tren. Pada masa itu perasaan malu memakai tongkat di khalayak ramai sudah tidak ada sebab kalau tidak kaki saya akan lebih sakit. Saya sering dimasukkan ke wad di beberapa hospital di Kuala Lumpur.

Pernah saya terfikir saya sudah check mate sebab sakit sering mengunjungi saya. Kalau berjalan pun saya perlahan. Berlari tidak boleh. Rushing tidak boleh.

Kemuncak sakit saya ialah sekitar pertengahan tahun 2015. Saya obese. Jantung saya tebal, slip disc, sendi sakit, cepat penat. Saya rasa down sangat. Lihat lah gambar di bawah ini diambil dalam tahun 2015.

 

Alhamdulillah semangat saya kental. Ikhtiar kena ada. Mesti ada jalan penyelesaian. Saya tidak mengalah. Saya mesti “reboot”. Saya buat research. Berbincang dengan doktor. Isteri saya hebat. Dia banyak memberi keyakinan dan dorongan. Dia turut serta bersama saya untuk mengejar matlamat yang pertama iaitu menurunkan berat badan. Anak-anak saya juga banyak membantu dari segi nasihat dan suplemen.

Pada bulan November 2015 saya mula usaha untuk memperbaiki diri saya. Berat badan saya menurun setiap bulan bukan lah dengan kadar yang laju. Ia turun dengan konsisten. Setiap bulan Alhamdulillah ada pencapaian. Rupa fizikal saya pun berubah menurut kawan-kawan saya yang memberi komen.

Sehinggalah pada bulan November 2016 berat badan sudah turun sebanyak 20kg. Saya teruskan usaha sehingga sampai kepada berat badan yang sihat menurut perkiraan BMI. Ini lah pencapaian pertama saya. Alhamdulillah. Saya dah kurang sakit dan mobiliti saya bertambah baik. Ketebalan jantung saya sudah normal. Fatty liver sudah tidak dapat dikesan. Dari segi fizikal saya buat perlahan. Mobiliti saya bertambah baik. Mula-mula saya berjalan kaki perlahan dan kemudian bertambah laju dan kini saya sudah boleh berlari.

Walaupun umur semakin meningkat hari demi hari berbanding dengan beberapa tahun dahulu saya lebih sihat, ceria, dan cergas. Bersama dengan isteri, anak dan cucu saya jalan jalan sakan melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Kuasa dan berkenalan dengan manusia dari berbagai bangsa. Alhamdulillah.

Samada anda muda atau sudah berumur, perempuan atau lelaki, jika anda ingin sihat, bebas melakukan ibadah, melancong, riadhah, jalan jalan sakan dan bermacam-macam lagi anda perlu berusaha untuk mencapainya. Ikhtiar mesti ada. Mulakan perubahan dengan makanan. Makan lah pemakanan yang sihat dan nutrisi yang mencukupi. Makanan yang sihat sebenarnya tidak membosakan. Ia sedap. Insya Allah berat badan anda akan turun. Otot anda mesti kuat. Lakukan aktiviti fizikal. Berjalan kaki banyak kelebihannya. Tingkatkan aktiviti. Cuba jogging. Lakukan sedikit demi sedikit. Buat work out seperti resistance training dan strength training. Jalani hidup yang aktif. Ini Insya Allah akan melayakkan anda untuk mencapai berat badan yang sihat dan anda akan menikmati kesihatan yang lebih baik secara menyeluruh. Alhamdulillah saya dan isteri saya sudah mengecapi nya. Kelebihan yang lain Insya Allah akan anda kecapi juga seperti komen yang saya dan juga isteri saya terima “slim”, “nampak lebih muda”, ” bukan main lagi macam orang muda”, “ranggi” dan lain-lain.


Anda merlukan nutrien yang secukupnya mendapatkan kesihatan yang baik dan bertenaga melakukan apa yang anda ingin.

Pemakanan Sihat Lagi Seimbang

Pemakanan yang baik ialah makanan yang seimbang dengan nutrien yang mencukupi. Ia tidak semestinya yang membosankan. Kita kena kreatif sikit.

Pastikan protin diambil setiap kali makan. Saya suka makan telur sebagai sumber protin saya sebab ia mudah untuk dimasak. Setiap pagi saya mengambil dua atau tiga butir telur. Cara masak bermacam-macam, samada separuh masak, dadar, telur mata atau masak penuh. Kadang-kadang saya letak keju. Banyak kebaikan keju sebenarnya. Sumber protin yang lain yang boleh ambil termasuk ayam, daging lembu, ikan dan bermacam-macam lagi anda boleh search pada google.

Karbohidrat adalah makanan ruji kita yang mana ia adalah sumber tenaga yang kita ambil sejak awal kehidupan seperti nasi. Tanpa nasi mula lah kita tidak bertenaga. Ambil lah nasi kurang daripada biasa jika anda ingin menurunkan berat badan. Saya telah lakukanya dan ia berkesan. Yang penting disini ialah pengambilan kabohidrat yang berkualiti maksudnya yang tidak diproses. Contoh kabohidrat yang berkualiti yang lain ialah oat, pasta, bijirin, kentang, keledek dan lain-lain. Kabohidrat cenderung kepada naik nya berat badan. Makan lah sedikit sahaja. Saya mengambilnya semasa sarapan pagi. Seberapa daya saya mengelakkannya pada waktu malam. Logik saya ialah saya tidak memerlulan tenaga yang banyak pada waktu malam.

Makan lah buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari sebab buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, mineral, dan banyak nutrien yang penting untuk kesihatan, dan pertumbuhan keseluruhan badan yang baik. Apabila terdengar sahaja lemak secara umumnya dewasa ini bagi siapa yang ingin menurunkan berat makan maka dia akan risau dan ingin mengelakkannya. Sebenarnya tidak perlu risau. Saya memilih makanan yang berlemak tinggi. Contohnya apabila saya memilih keju saya akan pilih jenis yang mengandungi lemak yang tinggi. Jika lemak tinggi maka ia akan mengandungi kurang karbohidrat dan sebaliknya. Lemak juga boleh ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan. Saya boleh beralih dari karbohidrat kepada lemak untuk mendapatkan tenaga.

 

Ok sikit lagi mengenai karbohidrat. Paling saya jauhkan ialah karbohidrat. Apabila kita makan karbohidrat pankreas akan menyemburkan insulin, yang memberi isyarat kepada sel-sel untuk meningkatkan pengambilan glukosa dari darah ke dalamnya. Pada masa ini, pembakaran lemak tidak berapa baik. Oleh itu, kita mahu mengawal tahap insulin untuk memastikan pembakaran lemak meningkat.

Insulin dirujuk sebagai “hormon penyimpanan” kerana tugasnya adalah untuk mengaktifkan pengangkutan nutrien (iaitu karbohidrat dan lemak) ke dalam sel dan untuk mengelak hilangnya nutrien.

Badan kita memerlukan lemak. Pemakanan yang mengandungi lemak adalah penting untuk fungsi tubuh yang betul dan pengeluaran hormon. Kita munkin mempunyai pandangan yang tidak adil terhadap lemak dalam makanan dan cuba mengelakkannya. Sumber lemak yang baik termasuk dalam keju, kacang dan mentega kacang, minyak zaitun, dan telur. Lemak juga diperlukan untuk mendapat manfaat protin. Contohnya untuk mendapat manfaat protin dalam telur mestilah juga makan kuning telur. Jangan pula makan sehingga anda merasakan anda akan muntah.

Tahap asid dalam badan juga perlu diambil kira. Tahap pH badan anda sedikit alkali, dengan julat normal 7.36 hingga 7.44. Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, anda harus cuba mengekalkan tubuh anda dalam keadaan alkali melalui pemakanan.

Pemakanan yang tidak seimbang dalam makanan boleh membuat badan anda sedikit berasid. Keadaan ini boleh mengurangkan kandungan mineral alkali seperti natrium, kalium, magnesium, dan kalsium yang boleh menjadikan anda lebih cenderung kepada masalah kesihatan yang serius dan berpotensi mengganggu penyerapan nutrien.

Pastikan dalam pemakanan anda mengandungi lemak. Sebagai contoh, apabila anda makan hidangan seperti oatmeal dan putih telur, anda sedang makan makanan yang berasid. Tetapi apabila anda meletakkan kismis dan badam atau kekacang lain dalam oat anda dan mempunyai beberapa sayur-sayuran kukus dengannya, anda akan menurunkan keasidan makanan tersebut secara dramatik. Ini akan mengurangkan keasidan makanan anda untuk memastikan anda berada dalam keadaan yang lebih alkali. Makanan yang beralkali adalah seperti kobis, salad, lobak, bayam, saderi, timun, dan bermacam-macam lagi yang anda boleh search dalam google.

Kandungan air dalam badan mesti dijaga. Anda harus minum banyak air setiap hari. Cuba minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari. Kekal dalam hydrasi adalah kunci utama kepada pertumbuhan. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, anda sukar untuk melakukan senaman. Anda akan berasa lemah dan lembap dan jika berlaku lebih kerap kemunkinan anda tidak boleh bersenam sama sekali.

Kenapa Kita Memerlukan Suplemen
Saya suka tomato, carrot, sawi, kacang buncis, brocolli,  buah-buah berri, apple, anggur dan pear. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang saya makan itu rata-rata adalah bukan organik. Sebab susah nak cari. Sayur-sayuran dan buah-buahan itu datang dari tanah yang mineral nya sudah tidak mencukupi. Dalam bisness secara besar-besaran sayur-sayuran dan buah-buahan selepas di petik akan ditanam dengan benih yang baru di tanah yang sama berulang-ulang kali. Seperkara lagi dalam bisness kos mestilah di tahap se rendah munkin kerana untuk memenangi persaingan dalam bisness. Dalam jangka masa tidak terlalu lama mineral itu akan kehabisan. Pilihan lain ialah makan sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Susah nak cari sebab permintaan kurang munkin kerana harga nya yang lebih tinggi. Sudah tentu yang organik lebih sihat dan baik tetapi malang nya mineral di tanah nya akan kehabisan juga.

“Saya merasa ok je. Saya sihat. Kenapa saya perlu makan suplemen?” Lebih kurang macam tu lah saya kata dulu sebab pemakanan saya jaga betul.

Suplemen herba dan natural boleh mengambalikan keseimbangan badan. Mengikut keadaan dan keserasian badan ada orang memerlukan satu atau dua supplement atau munkin lebih untuk mengembalikan kesihatan dan kekuatan badan. Jika ada masalah kesihatan yang serius munkin akan memerlukan masa yang lama dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Melalui pengalaman saya dengan mengambil suplemen saya akan merasa sihat dan boleh jalan jalan sakan. Kenapa saya yang dah cukup jaga pemakanan saya selepas itu saya lengkapkan pemakanan saya dengan suplemen?

Perasan tak makanan di grocery banyak di import dari negara luar seperti dari negara China, India, Afrika Selatan, dan lain-lain. Tempat-tempat ini adalah jauh sekali. Sayur-sayuran dan buah-buahan pun dari negara luar. Satu hari saya berhenti rehat di kawasan rehat di Lebuhraya Utara Selatan. kebiasaan nya saya akan membeli dan makan buah-buahan yang dijual di tepi jalan di situ. saya tanya “Abang, buah dari mana ni?” Saya merujuk kepada buah betik. Dia kata betik itu dari Hong Kong. Aduh! jauh nya. Perjalanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang di petik di luar negara ke grocery tempatan kita mengambil masa yang lama. Ini boleh memberi kesan kurang baik kepada nutrisi di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan itu.

Memang sudah menjadi cara kita masak sampai kepada overcooking. Ini boleh menyebabkab makanan itu hilang banyak nutrisi. Maksudnya disini makanan tu akan kekurangan vitamins, minerals, antioxidants, enzymes, dan lain-lain.

Semakin umur meningkat badan kita akan menghasilkan kurang enzymes termasuklah enzymes untuk pencernaan. Jadi sistem penghadaman munkin terganggu. Akhirnya boleh menyebabkan masalah perut, reflux, konstipasi yang kronik dan bermacam-macam lagi.

Kita mengharungi kehidupan yang sibuk setiap hari. Macam macam isu dan masalah mesti di selesaikan. Stress sukar dielakkan dalam kehidupan yang sibuk ini. Semua ini memberi kesan bukan sekadar rohani tetapi juga badan kita. Sistem immunisasi boleh lemah dibuatnya. Suplemen boleh membantu badan kita berfungsi dengan baik. Untuk memastikan kelangsungan hidup yang baik pastikan pemakanan disempurnakan dengan pengambilan suplemen vitamin dan mineral.

Tidak disangkalkan bahawa makan makanan yang baik dan sihat adalah terbaik. Jika ada bajet ambil lah yang organik. Sempurnakan ia dengan suplemen yang natural boleh membantu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.

Shaklee yang Terbaik

Ada banyak suplemen yang di edarkan di pasaran. Saya dan keluarga saya memilih Shaklee. Suplemen Shaklee termasuklah Penjagaan Kesihatan, Pemakanan Sihat, Penjagaan Diri dan Kecantikan. Suplemen Shaklee adalah yang terbaik. Sila scroll ke bawah untuk melihat kajian yang telah dibuat membandingkan yang makan suplemen Shaklee, jenama lain dan yang tidak memakan suplemen. Keputusan nya Shaklee adalah terbaik. Adalah terbaik kita memilih Shaklee.

Shaklee di asaskan 60 puluh tahun yang lepas oleh Dr Forrest C. Shaklee dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat. Untuk saya ingin sihat bebas untuk melakukaningin sihat, bebas melakukan ibadah, berbelanja, melancong, riadhah dan macam-macam lagi.Dengan jalan jalan sakan saya boleh menikmati dan mensyukuri alam ciptaan Allah. Sambil itu minda dan badan saya sihat dan segar. Alhamdulillah boleh jalan jalan sakan.

Suplemen yang saya dan keluarga saya makan dari Shaklee itu dihasilkan menggunakan bahan semula jadi paling tulen. Shaklee mengambil langkah paling ketat untuk menjauhi racun perosak, bahan pencemar dan lain-lain bahan bukan semula jadi yang tidak patut terdapat didalamnya. Kajian sudah dilakukan dan ketuai oleh Dr Gladys Block (PhD. School of Public Health, University of California, Berkeley, California, Amerika Syarikat. Data diperolehi daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES). Perbandingan tealh dibuat antara yang makan suplemen Shaklee, suplemen jenama lain dan yang tidak mengambil suplemen. Dari laporan kajian Shaklee yang terbaik. Dari kajian itu menunjukkan Shaklee terbaik dalam membantu masalah diabetes ataupun kencing manis, jantung, angin ahmar, dan penyakit penafasan. Saya pilih Shaklee. Jadilah member Shaklee. Sila klik disini.

Saya inginkan kehidupan yang sihat dan bebas untuk melakukan ibadah, berbelanja, melancong, riadhah, jalan jalan sakan dan bermacam-macam lagi. Sekarang saya lebih sihat, ceria, cergas dan boleh jalan jalan sakan. Saya adalah pengguna dan pengedar suplemen vitamin and mineral dari Shaklee. Saya makan suplemen vitamin dan mineral dari Shaklee setiap hari. Alhamdulillah saya telah mencapai kesihatan yang lebih baik, cergas dan ceria.

Berhubunglah dengan saya untuk order Collagen Powder, Vivix, Vitamin B Complex, Vitamin C, Garlic Complex atau lain-lain supplement dari Shaklee, untuk menjadi ahli Shaklee, ataupun untuk info berkenaan semua supplement dari Shaklee.
Untuk menjadi member sila klik disini.
Nama : Hasmad B Ahmad
No hp : 011-15167524
Email : [email protected]
Nombor ID Shaklee 919307