Awet Muda

Mobiliti Yang Baik

Antara nikmat yang bergandingan dengan  awet muda ialah mobiliti anda yang baik yang membuatkan anda bebas untuk melakukan pergerakkan fizikal yang anda mahu.  Mulai dari anda bangun dari tidur anda menunaikan hajat di bilik air. Saya pernah kena slip disc. Untuk pergi ke bilik air menunaikan hajat adalah perkara yang sukar dilakukan. Mobiliti saya sudah baik sekarang ini dan perkara bangun dari tidur ini mudah dilakukan. Alhamdulillah.  Selepas itu anda menunaikan solat. Munkin anda mengerjakan solat tahajjud dan selepas itu solat subh, bergegas ke tempat kerja, dan pelbagai aktiviti yang memerlukan anda sihat dan cergas dalam melangsungkan kehidupan dengan aktif. Mobiliti sebenarnya berkait rapat dengan sendi, otot, gaya hidup, makanan dan suplemen.

Setiap kali anda melakukan senaman adalah penting untuk melakukan pergerakan yang penuh, terutama di kawasan pinggang anda. Disini mobiliti memainkan peranan yang penting. Mobiliti mengambil kira segala yang penting untuk anda dapat melakukan gerakan dengan betul seperti melembutkan otot yang keras, menangani keterbatasan sendi serta melonggarkan sendi agar pergerakkan akan lancar dan untuk mengelak dari kecederaan.

Kredit gambar ini kepada Pinterest

Untuk mencapai kecergasan yang optimum anda perlu melakukan senaman jenis aerobik dan anaerobik. Senaman jenis aerobik seperti berjalan kaki dan berlari membakar banyak kalori dan strength training pula seperti mengangkat berat akan membina dan membentuk otot anda. Saya akan kongsikan kelebihan otot yang kuat untuk keseimbangan, kestabilan badan anda dan yang paling penting ialah mobiliti anda ketika melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakkan fizikal. Sudah tentu untuk melakukan ini anda memerlukan tenaga yang mencukupi. Jika ada masalah kesihatan rujuk lah kepada doktor anda dahulu. Dalam melakukan apa jenis senaman langkah-langkah untuk mengelak dari kecederaan mestilah difikirkan kerana anda ingin melakukannya secara konsisten dan berterusan.

Dengan otot yang kuat anda berada dalam posisi yang seimbang untuk menyokong anda ketika beraksi dalam melakukan senaman ataupun aktiviti harian yang melibatkan fizikal. Cuba anda lihat dalam sukan yang melibatkan risiko untuk berlanggar dengan lawan seperti permainan bolasepak, ragbi, bola keranjang dan hoki otot yang kuat memainkan peranan yang penting untuk kestabilan badan. Anda tidak mudah terjatuh. Anda akan mudah untuk menyeimbangkan badan walaupun dalam keadaan yang sukar.

Bayangkan jika pemain bolasepak hanya memiliki kepantasan tanpa otot yang cukup kuat dia akan mudah terjatuh terutama sekali ketika berebut bola. Jika terjatuh bukan sahaja dia akan gagal di dalam perebutan malah dia juga berisiko untuk mengalami kecederaan yang munkin akan menyebabkan dia tidak boleh meneruskan permainan.

Antara kelebihan anda memiliki otot yang kuat ialah risiko untuk mengalami kecederaan adalah rendah. Anda juga mempunyai keseimbangan dan mobiliti yang lebih baik serta sokongan yang betul dan padu.

Sendi, Otot dan Mobiliti
Sering kita mendengar orang bercakap tentang sendi berkaitan dengan kesakitan. Itu memanglah hakikatnya. Dahulu saya sering mengalaminya. Memang serik. Mudah-mudahan tidak mengalaminya lagi. Secara amnya, anda fokus pada satu sendi pada satu masa. Walau bagaimanapun, penting untuk memikirkan semua tulang, otot, dan tisu penghubung di sekeliling setiap sendi sebagai sistem bersepadu yang bergantung kepada kesihatan sendi-sendi lain. Sendi buku lali bersambung ke sendi lutut. Sendi lutut bersambung ke sendi pinggang. Dalam erti kata lain, jika satu sendi  tidak berfungsi dengan baik, sendi di atas dan di bawahnya boleh terjejas. Sendi-sendi memang berkait rapat.

Otot adalah komponen kontraksi kestabilan sendi. Otot-otot ini bertindak di sekeliling set struktur sendi anda. Bukan sahaja anda bergantung kepada otot-otot yang bertindak pada sendi untuk memberikan kekuatan yang diperlukan untuk bergerak atau menggerakkan objek, tetapi anda juga bergantung kepada otot untuk menentang daya yang berpotensi menyebabkan kecederaan.

Fleksibiliti adalah pelbagai pergerakan dalam sendi atau sistem sendi dan otot yang melintasi sendi yang terlibat. Ia secara langsung menghubungkan dengan pelbagai pergerakan dan mobiliti, tetapi tidak secara langsung berkaitan dengan kekuatan, keseimbangan, dan koordinasi. Jangkauan untuk anda bergerak adalah jarak dan arah sendi yang boleh bergerak, manakala mobiliti adalah keupayaan untuk bergerak tanpa sekatan.

Walaupun fleksibiliti dan mobiliti bunyi nya macam sama, mereka adalah berbeza. Mobiliti dalam sendi adalah sejauh mana kawasan di mana dua tulang bertemu (dikenal sebagai artikulasi) dibenarkan bergerak sebelum dibatasi oleh tisu sekeliling seperti tendon, otot, dan ligamen. Fikirkan pergerakan sebagai rangkaian pergerakan yang tidak dihalang di sekitar sendi.

Tahap pergerakan yang baik membolehkan seseorang melakukan pergerakan tanpa sekatan, sementara seseorang yang mempunyai fleksibiliti yang baik mungkin tidak mempunyai kekuatan, koordinasi, atau keseimbangan untuk melaksanakan pergerakan yang sama. Orang yang mempunyai fleksibiliti yang baik tidak semestinya mempunyai mobiliti yang baik.

Mobiliti adalah berkaitan dengan pergerakan sementara kestabilan adalah berkaitan dengan kawalan. Kestabilan adalah keupayaan anda untuk mengekalkan kawalan pergerakan atau kedudukan sendi dengan menyelaraskan tindakan tisu. Kestabilan sendi bergantung pada bentuk, saiz, dan susunan permukaan pada sendi dan tulang rawan di mana tulang membuat sentuhan dengan tulang lain, ligamen di sekitarnya, dan otot di sekelilingnya. Kecederaan termasuk koyaknya ligamen boleh membawa kepada masalah kestabilan dalam sendi. Contohnya bagi orang yang mengalami slip disc dan sakit belakang dengan menguatkan core muscle ataupun otot yang banyak terletak di perut akan membantu dalam mobiliti. Itu adalah petua dari ahli fisioterapi saya. Jadi strength training untuk menguatkan otot di bahagian belakang untuk menyokong spine adalah penting untuk penghidap slip disc.

Mobiliti adalah fungsi paling mudah dan paling penting dalam sistem otot anda. Otot rangka anda adalah sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap pergerakan dan gerakan yang anda buat. Otot rangka dilampirkan pada tulang anda. Mereka dikawal, sebahagiannya, oleh sistem saraf pusat. Anda menggunakan otot rangka apabila anda membongkok, memutar, stretching, berlari, dan melakukan gerakan lain. Pergerakkan yang licin adalah hasil dari isyarat dari otak anda ke sistem saraf dan otot. Pergerakkan yang tidak teragak-agak ini juga akan menampakkan anda lebih muda. Itu komen dari kawan saya.

Satu ciri yang menarik mobiliti adalah bahawa ia merangsang hormon badan anda untuk berada dalam keadaan untuk membina otot yang baik. Dengan melegakan tekanan ia menyeimbangkan lebihan hormon stress, anda meletakkan badan anda dalam posisi di mana ia lebih cenderung untuk membina otot dan meningkatkan kekuatan yang anda perlukan.

Sebenarnya dengan mobiliti yang baik anda boleh berdikari. Anda akan kurang memerlukan bantuan dari orang lain malah anda boleh membantu orang lain. Disini usia hanya lah pada angka sahaja. Dalam kehidupan seharian anda yang mencabar seperti bergegas mengejar tren, penerbangan, berjalan kaki melintasi jalan yang sibuk dan banyak lagi anda memerlukan mobiliti yang baik. Itu adalah pengalaman kami semasa jalan jalan sakan di luar negara yang mencabar kebebasan mobiliti kami. Ini sekaligus merangsang untuk mengembalikan tulang yang padu. Dalam aktiviti yang agak relaks pula adalah mudah untuk anda dengan isyarat dari otak anda boleh melakukan aktiviti seperti masak di dapur, menyapu lantai, membeli belah, gardening, berkelah dan sebagainya.

Kami bersedia untuk menunjukkan cara untuk berjaya

Dengan paras rupa yang nampak lebih muda, anggun dan ranggi serta mobiliti yang baik anda akan memperolehi lebih keyakinan. Ini juga boleh mengurangkan tekanan atau stress kepada anda. Dengan cara ini akan memastikan anda akan sihat, cergas dan awet muda untuk masa yang lama.

Sekian, itu sahaja perkongsian dari saya pada kali ini. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi panduan kepada anda untuk menjadi awet muda.  Nasihat dari saya mulakan usaha dari sekarang. Semakin awal anda mulakan semakin cepat anda menikmati kelebihannya. Ini juga adalah usaha saya untuk menginagati diri saya sendiri agar konsisten.

Kami adalah pengedar vitamin Shaklee. Jika anda berminat hubungilah saya. Dengan menjadi ahli anda akan menikmati banyak kelebihan. Dalam melangsungkan kehidupan anda perlu untuk memilih yang terbaik. Insya Allah kami akan menunjukkan caranya kepada anda. 🙂

Hubungi saya;

Hasmad Ahmad 🙂
HP : 011-15167524
ID Shaklee : 919307

Leave a Comment