Awet Muda

Kenapa Anda Memerlukan Suplemen

Alangkah bagusnya  memiliki kesihatan yang baik serta cergas dan dalam masa yang sama  nampak lebih muda dari angka umur, anggun dan ranggi. Adakah ini cerita kosong? Tidak. Ramai yang telah mengecapinya. Saya tidak jemu untuk berkongsi akan topik ini kerana kebaikan yang pernah saya gapai memang bebaloi. Dengan memiliki badan yang sihat, cergas, awet muda dan kewangan yang mencukupi untuk jalan jalan sakan memang lah menyeronokkan. Cara untuk memiliki semua ini saya kongsikan didalam blog ini. Pada post-post yang lepas saya telah mengesyorkan kepada anda untuk makan makanan yang sihat lagi seimbang, melakukan senaman dan juga makan suplemen setiap hari agar anda sihat, cergas dan menjadi awet muda. Saya ingin sekali lagi mengutarakan kenapa suplemen adalah penting untuk anda menjadi awet muda. Jika anda ingin untuk melawan penyakit dan ingin menjadi awet muda anda tidak boleh mencapai nya dengan hanya makan makanan yang sihat lagi seimbang dan melakukan senaman sahaja. Anda juga memerlukan suplemen. Saya telah mengesyorkan anda mengambil Vivix. Saya memilih suplemen dari Shaklee kerana Shaklee adalah terbaik.

Saya berikan contoh bahawa untuk tumbuh-tumbuhan hidup anda tanam ia di tanah, siram dengan air yang mencukupi dan pastikan ia juga menerima pancaran matahari yang mencukupi. Itu merupakan makanan tumbuh-tumbuhan yang asas. Jika anda menambah beberapa baja yang kaya dengan nutrien (tentu saja organik), maka tumbuh-tumbuhan itu akan tumbuh dengan lebatnya dan terlindung dari penyakit akibat dari terdedah kepada berbagai ancaman seperti serengga perosak.

Bagi kita manusia, prinsip yang sama berlaku. Pemakanan yang sihat lagi seimbang membekalkan badan dengan nutrien yang mencukupi untuk melaksanakan tugasan rutin. Suplemen seperti vitamin, mineral, asid lemak penting, dan berbagai lagi memperkaya persekitaran dalaman tubuh badan untuk menguatkan perlindungan pada peringkat sel, meningkatkan jumlah pengeluaran mitokondria yang sering dirujuk sebagai “kuasa rumah sel” dalam sel badan yang akan memberikan stamina yang lebih tinggi untuk prestasi dan produktiviti yang lebih baik dalam melangsungkan kehidupan, mengembalikan dan memperbaharui sel yang rosak pada setiap hari.

Pada masa kita mencapai usia dua puluhan, sebenarnya kita telah semacam memperogramkan tabiat makan untuk sepanjang hayat. Kita akan makan apa sahaja tanpa mengira makanan itu sihat lagi seimbang atau tidak dan justeru makan jarjan pun kita boleh menyambung kehidupan. Dari segi pemakanan kita pun terus makan dan makan makanan yang tidak sihat tanpa menyedari makanan itu telah merosakkan kesihatan. Sering kali kita tidak melihat kesan nya sehingga lah jatuh sakit.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah walaupun dengan pemakanan yang buruk, anda boleh kekal hidup dalam 30 hingga 40 tahun pertama kehidupan. Tetapi jika anda ingin mencapai kesihatan yang optimum dan jangka hayat maksimum anda perlu makan makanan berkhasiat, melakukan senaman dan anda perlu mengambil suplemen.

Contoh tumbuh-tumbuhan yang saya sebut diatas ia terdedah kepada serangga perosak. Kita manusia juga terdedah kepada pelbagai situasi yang mengancam kesihatan. Seperti contoh mengikut kajian bahawa stress boleh menghakis semua nutrien dalam badan kita terutamanya vitamin B yang penting untuk sistem saraf dan peredaran darah. Ia juga boleh mengurangkan penyerapan nutrien dalam sistem daripada makanan yang kita makan. Stress juga boleh menghakis vitamin C yang banyak kebaikannya. Alahan dan jangkitan menghakiskan vitamin A dan C dan zinc, terdedah kepada pencemaran udara menghakiskan anti-oxsida, dan banyak lagi ancaman yang lain.

Sesetengah orang memerlukan lebih banyak nutrien tertentu dibandingkan dengan orang lain secara umumnya. Kanak-kanak dan orang dewasa lebih cenderung memerlukan sedikit tambahan, dan juga wanita hamil. Lain-lain yang mempunyai keperluan nutrien yang lebih tinggi termasuk lah orang yang diet dan orang yang bersenam dengan bersungguh-sungguh.

Beberapa makanan yang kita makan kerana kita fikir ia sihat sebenarnya telah dihakiskankan nutrien sebelum ia sampai kepada hidangan kita. Nasi kehilangan sebagian besar vitamin, mineral, dan seratnya apabila ia digilap untuk mengubahnya dari coklat menjadi putih. Gandum kehilangan vitamin B, mineral, dan seratnya apabila ia digilap ke dalam tepung. Bahkan tanah yang tempat kita menanam tumbuh-tumbuhan sering kali kehabisan nutriennya kerana tanah yang sama digunakan berulang kali demi mengaut lebih keuntungan komersil.

Pada mulanya, badan menunjukkan kekurangan nutrien dengan gejala kecil seperti keletihan, mengalami lemah badan, insomnia, keresahan, ketakutan, kemurungan, hilang fokus, kehilangan ingatan, sakit, jangkitan berulang, alergi, masalah peredaran darah, dan sering berasa kurang sihat yang sukar diperjelaskan. Ini adalah gejala yang samar-samar yang mendorong pesakit berjumpa doktor, dan sudah menjadi kebiasaan doktor akan membuat diagnostik. Dahulu saya sering sakit dan masuk wad hospital. Saya sudah banyak menemui doktor pakar. Sepanjang saya sakit saya pernah berjumpa empat Cardiologist , tiga Orthopadaedic, seorang Neuro Surgeon dan pelbagai GP.  Rata-rata mereka tidak menghubung kaitkan secara dasarnya sakit saya dengan kekurangan nutrien. Seingat saya suplemen yang pernah disyorkan ialah vitamin C dan glukosamin. Itu pun untuk jangka pendek. Kemudian apabila sudah sembuh dari penyakit maka gejala-gejala yang dialami sebelum sakit dilupakan. Tiada susulan berkenaan nutrien disarankan. Nutritionist pula sekadar memberitahu mana makanan yang tidak boleh dimakan.

Kebiasaannya apabila doktor menetapkan rawatan, mereka biasanya tidak mengambil kira suplemen pemakanan dan sudah tentu preskripsi adalah dengan ubat seperti mengawal kadar gula dalam badan, anti-radang, antidepresan, penenang, dan sebagainya. Ada ubat yang boleh mengahakiskan nutrien didalam badan seperti contohnya Metformin menghakis Vitamin B12 dan Asid Folik. Ia mengurangkan bahan yang dipanggil faktor intrinsik dalam perut, yang diperlukan untuk penyerapan B12 baik oleh usus kecil. Semakin lama ubat itu digunakan dan semakin tinggi dos, semakin besar penurunan B12. Metformin juga boleh merosakkan  koenzim Q10. Ada setengah ubat untuk menurunkan kolesterol boleh menghakis koenzim Q10 dan mengganggu vitamin K2 dan selenium. Q10 adalah antioksidan penting untuk pengeluaran tenaga dalam mitokondria. Jantung, otot, otak, kolesterol, membran sel, saluran darah, tekanan darah, pankreas, dan fungsi sistem saraf sangat bergantung pada koenzim Q10. Saya beri satu contoh sahaja disini. Anda boleh google untuk mencari contoh yang lain. Ini semua boleh mempercepatkan proses degeneratif, yang merupakan pendahulu penyakit dan penuaan.

Opera House, Sydney, Australia

Anda perlu memilih yang terbaik untuk anda. Anda boleh mengambil langkah untuk menjadi awet muda dengan mengambil suplemen. Ia bukan sahaja melindungi daripada kekurangan nutrien tetapi juga merapatkan jurang antara pemakanan secara purata yang anda perlukan. Ia boleh mengelak kematian yang premature. Dengan pemakanan yang optimum anda boleh menghalang proses penuaan yang cepat. Yang baik ialah proses penuaan yang tidak premature. Yang lebih baik ialah anda melambatkan proses penuaan ataupun apa yang saya sebut dalam blog ini sebagai awet muda. Nutrien tambahan yang yang boleh diberikan oleh suplemen untuk mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel yang sihat, yang mempercepatkan pembaikan dan regenerasi sel-sel yang rosak, dan memudahkan pembaharuan sel.

Dengan mendidik diri anda tentang kekurangan nutrien yang mungkin akibat dari pengambilan ubat, anda akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengambil kebaikan ubat untuk anda. Yang penting dengan suplemen anda akan menjadi sihat yang sebenarnya dan memiliki kekuatan badan untuk berlindung dari sebarang serangan penyakit. Suplemen adalah untuk meningkatkan padunya nutrien didalam pemakanan anda. Dengan padunya nutrien iaitu nisbah mikronutrien (vitamin dan mineral) kepada makronutrien (karbohidrat, protein, lemak dan air). Semakin tinggi nisbah ini maka pemakanan anda lebih sihat. Kombinasi nutrien yang padu dan suplemen menghasilkan persekitaran yang kondusif untuk mencapai prestasi selular untuk anda menjadi awet muda.

Kami bersedia untuk membantu anda untuk berjaya

Kami adalah pengedar suplemen Shaklee. Kami telah mengecapi kelebihan menjadi member Shaklee seperti jalan jalan sakan di tempat yang menarik di Switzerland, Peranchis, Netherland, Jepun dan pelbagai tempat lain. Kami bersedia untuk membimbing anda untuk menjadi pengedar vitamin Shaklee yang berjaya. Misi kami adalah untuk membantu insan yang lain untuk berjaya. Bumi ini luas dan indah. Explore lah. Jadi lah pengedar vitamin Shaklee. Anda akan lebih konsisten dengan kesihatan dan awet muda. Anda berpeluang menolong insan lain. Anda akan mendapat ganjaran lebih daripada faedah kewangan, termasuk diskaun, melancong, dan bonus. Mudah sahaja untuk menjadi pengedar vitamin Shaklee. Untuk mengetahui caranya sila klik disini. Jadi lah pengedar vitamin Shaklee hari ini. Bersegera banyak kelebihannya.

Sekian  untuk kali ini. Hubungi saya 🙂
Hasmad Ahmad
HP : 011-15167524
ID Shaklee : 919307

 

Leave a Comment