Awet Muda

Cara Mengembalikan Tulang Yang Padu

Kekuatan adalah aspek yang penting dalam kehidupan yang sihat dan cergas untuk menjadikan anda nampak lebih muda, anggun dan ranggi. Dengan kualiti ini anda akan berasa selesa untuk jalan jalan sakan dan beribadah. Saya sudah sentuh sedikit mengenai otot pada masa yang lepas. Bagaimana untuk melakukan senaman untuk menguatkan otot pun sudah saya kongsikan termasuklah sekali mengenai otot jantung. Pada kali ini saya akan kongsikan mengenai tulang. Tulang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia merupakan rangka ataupun frame. Dengan tulang yang padu serta tenaga yang anda miliki anda  nampak tegap dan menarik.

Kredit gambar ini kepada Pinterest

Anda boleh melakukan aktiviti senaman dengan mudahnya. Begitu juga anda mudah untuk melangsungkan kehidupan yang aktif. Anda akan sentiasa menguntum senyuman yang menarik dan bertenaga. Gaya hidup begini harus dikekalkan.

Naik dan Turun
Berbalik kepada cerita mengenai tulang anda ia mula terbentuk sejak daripada anda kanak-kanak lagi. Dengan pemakanan yang berkhasiat tahap demi tahap bermula dengan susu ibu,  susu tepung dan kemudian weaning dan seterusnya bermula lah pemakanan yang sihat dan seimbang dan bermula lah juga pembinaan tulang anda. Dalam masa yang sama anda diajarkan pergerakkan tahap demi tahap bermula dari membolak-balikkan badan, mengingsut, merangkak,  bertatih-tatih dan seterusnya pergerakkan yang banyak. Dalam proses yang sangat aktif ini tulang anda pun terbina setiap hari dan tahun dengan kuatnya bagaikan besi. Anda membesar sebagai manusia yang sihat, bertenaga,  cergas dan kuat dalam memilih kehidupan yang terbaik. Anda pun meletakkan matlamat untuk dicapai. Satu demi satu matlamat digapai. Anda seronok dengan kekuatan zaman muda. Terasa semacam untuk menjadi begini dalam masa yang lebih lama ataupun apa yang saya rujuk dalam blog saya sebagai awet muda.

Hari demi hari kekuatan anda semakin bertambah sehingga lah kepada kemuncaknya. Jika hidup aktif tidak dikekalkan ataupun hidup yang memang tidak aktif selepas kemuncak kepada kekuatan ini ia akan menurun yang munkin anda sendiri tidak perasan disebabkan  keseronokkan zaman muda. Kemuncak ini munkin dalam umur tiga puluhan. Munkin anda akan mengalami pengalaman pada masa dahulu anda boleh mengangkat barang seberat sepuluh kg dengan mudah tetapi sekarang sudah agak sukar. Munkin anda akan perasan masa ini.

Selepas kemuncak ini tulang anda pun mula susut. Ini berlaku kepada lelaki dan perempuan. Anda mula kehilangan beberapa peratus dari tulang pada setiap tahun. Apabila tulang menjadi sangat lemah – gambarannya adalah seperti kapur, berliang dan rapuh.

Maka berlakulah osteoporosis. Sebenarnya ia berlaku bukan lah dalam masa semalaman. Ia berlaku peringkat demi peringkat sehingga anda susah untuk menyedarinya pada permulaannya.

Risiko osteoporosis, di mana tulang menjadi rapuh dan berliang, mempunyai banyak kaitan dengan jisim tulang yang telah anda usahakan pada usia 20-an dan 30-an dan apa yang akan anda lakukan untuk mengelakkan susutnya tulang. Tulang, seperti bahagian tubuh yang lain, adalah bahan yang hidup. Ia berada dalam keadaan pembentukan semula yang berterusan, susut dan terbina semula.

Persoalannya ialah adakah kadar susutnya tulang anda cepat atau lambat. Ia terpulang kepada gaya hidup anda. Jika anda kurang melakukan aktiviti pergerakan fizikal maka secara umumnya ia akan berlaku dengan cepatnya.

Makanan
Perubahan gaya hidup yang mudah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan susut nya tulang secara semulajadi dan ia bermula dengan makanan untuk tulang yang kuat.

Kesihatan tulang yang baik mempunyai banyak kaitan dengan pemakanan yang sihat. Makan lah makanan yang segar, bukan makanan proses.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan ketumpatan tulang.  Anda akan menyimpan alkali darah anda dan mendapat manfaat daripada nutrien mesra tulang lain dalam makanan seperti yang memiliki kelebihan phosphorous dan vitamin K.

Buah prun juga boleh memberi anda potasium dan boron, baik untuk kesihatan tulang.

Strontium untuk kesihatan tulang adalah satu lagi nutrien yang popular. Bahan yang serupa dengan kalsium, strontium dianggap bernilai untuk menyokong tulang yang sihat. Sumber makanan utama untuk strontium adalah makanan laut, antara makanan yang baik adalah udang, kerang, ketam, dan udang galah.

Vitamin D diperlukan untuk tulang dan otot yang kuat. Tanpa Vitamin D, badan anda tidak dapat menyerap kalsium secara berkesan, yang penting untuk kesihatan tulang yang baik. Sumber vitamin D yang baik adalah cahaya matahari semulajadi dan dari susu yang diperkaya, kuning telur, ikan air masin, hati, dan suplemen. Salmon dan lain-lain jenis ikan berlemak menawarkan pelbagai nutrien yang meningkatkan tulang. Mereka mengandungi vitamin D, yang membantu badan anda menggunakan kalsium, dan asid lemak omega-3, yang juga boleh membantu tulang.

Makanan yang boleh memudaratkan tulang termasuk garam mungkin adalah yang paling sukar untuk dibendung. Garam muncul dalam hampir semua makanan yang diproses, termasuk roti bijirin, bijirin sarapan pagi, dan makanan segera.

Merokok seperti yang diketahui secara umum adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan wajib di tinggalkan. Dalam topik tulang ini merokok boleh meningkatkan risiko osteoporosis, khususnya dengan mengurangkan aliran darah ke tulang, memperlambat pengeluaran sel pembentuk tulang dan merosakkan penyerapan kalsium.

Senaman
Berat badan yang terlalu berat atau terlalu kurus adalah faktor risiko untuk osteoporosis. Bersama dengan pemakanan sihat, senaman adalah bahagian utama pencegahan dan rawatan osteoporosis. Seperti otot, tulang menjadi lebih kuat apabila ia aktif. Senaman seperti strength training, berjalan kaki dan berlari yang saya nak kongsikan seterusnya adalah baik untuk tulang. Jika anda ada masalah kesihatan seperti masalah jantung dan sebagainya  sentiasa periksa dengan doktor sebelum memulakan apa-apa program senaman yang baru nak anda mulakan.

Strength training memainkan peranan yang penting tetapi strength training sahaja tidak boleh menghentikan kehilangan tulang, tetapi ia boleh memainkan peranan yang besar dengan menghasilkan lebih banyak sel. Semakin banyak berat yang dapat anda angkat seperti mengangkat dumbbell, semakin banyak tekanan yang dapat tulang anda tanggung; tekanan ini adalah apa yang merangsang kekuatan semula tulang. Angkat lah berat mengikut tahap yang anda mampu. Anda boleh meningkatkan berat yang anda angkat tahap demi tahap.

Anda juga boleh melakukan senaman jenis aerobik seperti berjalan kaki dan berlari. Otot yang kuat dan tulang yang kuat akan terus bergerak. Untuk mendapat lebih manfaat berjalan lah menaik bukit. Dengan beberapa kali naik dan turun boleh menambahkan ketumpatan tulang anda.

Cara berenang munkin tidak berkesan kerana berat badan anda ditanggung oleh air dan begitu dengan berbasikal badan anda ditanggung oleh basikal. Sama juga dengan angkasawan  yang menghabiskan masa di ruang angkasa mengalami kehilangan ketumpatan tulang yang ketara. Di ruang angkasa, bukan hanya bunyi tidak kedengaran, tetapi anda tidak ada berat jadi tidak ada beban yang diletakkan pada otot dan tulang anda.

Akhir kata jaga kesihatan anda, amalkan gaya hidup sihat dan langsungkan kehidupan yang aktif. Ini adalah petua untuk menjadi awet muda.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi 🙂

Hasmad Ahmad
Handphone: 011-15167524
ID Shaklee 919307

 

Leave a Comment