Gaya Hidup Sihat

Cara Mengekalkan Kekuatan

Dahulu saya tidak pernah terfikir untuk melakukan senaman strength training seperti mengangkat dumbbell. Saya ingat ini senaman untuk body builder sahaja.  Sebenarnya strength training bukan hanya untuk body builder sahaja. Ia adalah untuk semua orang yang inginkan kesihatan yang baik, kecergasan dan awet muda.  Ia bagus untuk membina otot yang kuat boleh memberi manfaat langsung dan tidak langsung terhadap kesihatan dan termasuk pembakaran lemak yang lebih efisien, mudah untuk bergerak, postur badan yang baik, mudah untuk melakukan sebarang pekerjaan seperti aktiviti harian dan senaman, mudah untuk melakukan aktiviti rekreasi, tendon dan ligamen yang lebih kuat dan juga tulang, mengurangkan risiko kecederaan dan sebagainya. Anda akan menjadi seorang yang aktif.

Otot di badan anda ada berates banyaknya. Yang biasa kita dengar ialah bicep, tricep, core, quadriceps dan sebagainya. Anda boleh search di Google. Pastikan anda tidak kehilangan otot. Anda boleh  melakukan senaman ataupun pergerakkan fizikal. Dengan pemakanan protein yang baik seperti telur akan membina otot yang baik. Strenght training adalah sesuatu yang sangat bijak untuk dilakukan. Anda boleh melakukannya dengan mengangkat dumbbell tahap demi tahap.

Semua aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda memerlukan kekuatan otot. Bermula dari anda bangun tidur, masak di dapur,  berjalan ke kereta, mengambil anak, memanjat tangga, membuka balang dan membawa beg barangan runcit hanya dilakukan jika anda boleh menjana tenaga otot yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas. Kekuatan otot yang lemah adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak aktif. Secara praktikal, kekuatan otot merujuk kepada keupayaan untuk mengangkat, menolak atau menarik terhadap berat badan. Mengekalkan kekuatan otot sepanjang hidup anda  adalah aktiviti yang penting untuk memastikan anda sihat dan cergas dan awet muda.

Anda perlu melakukan senaman strength training adalah untuk mengekalkan kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.  Semakin umur meningkat kekuatan akan berkurangan jika tidak melakukan aktiviti fizikal. Strength training adalah satu senaman yang sesuai untuk mengekalkan kekuatan. Jika otot tidak digunakan maka tiada permintaan untuk ia terus kekal, maksudnya ia akan kian menghilang yang bermakna kekuatan anda kian menjadi lemah.

Sebenarnya otot boleh kian menghilang jika tidak digunakan bermula seawal umur dua puluhan. Untungnya, kekuatan adalah salah satu kebolehan fizikal paling mudah untuk dikekalkan semakin umur meningkat ; pastinya, anda boleh melakukan lebih banyak ikhtiar untuk menghentikan kehilangan kekuatan.

Jadi jika anda jarang mengangkat apa-apa yang lebih berat daripada telefon bimbit, sudah tiba masanya untuk menambah kekuatan anda. Kekuatan yang semakin meningkat adalah apa yang anda perlukan untuk melakukan aktiviti rutin seperti untuk memutar dan membuka penutup balang, mengangkat anak anak untuk naik basikal ataupun mendukungnya. Begini sebenarnya; katakan seseorang itu tidak pernah mengangkat barang yang lebih berat dari talipon bimbit maka dia akan sukar untuk mengangkat laptop. Jika dia biasa mengangkat barang tidak lebih dari 1 kg maka untuk mengangkat 5 kg akan menjadi sukar. Kekuatan otot dia munkin 1 kg sahaja.

Walaupun anda mempunyai kepantasan berlari untuk mengejar tren contohnya tetapi ini tidak bermakna anda akan mempunyai kekuatan untuk mengangkat beg yang penuh. Jadi adalah penting untuk melakukan senaman  jenis aerobik seperti berlari dan juga anaerobik seperti mengangkat berat. Buat dua-dua betul-betul. Gandingkan dengan pemakanan yang sihat dan Vivix untuk menjadi awet muda.

Sekian, jumpa lagi 🙂
Hasmad Ahmad
ID Shaklee 919307

Leave a Comment