Awet Muda

Bagaimana Untuk Menjadi Sihat dan Memiliki Kewangan Yang Mencukupi Untuk Jalan Jalan Sakan

Untuk melayakkan anda jalan jalan sakan didalam mahupun di luar negara anda memerlukan tenaga dan stamina yang mencukupi, kesihatan tubuh badan yang baik dan kewangan yang mencukupi. Untuk memiliki sifat dan kualiti kesemua ini anda perlu makan makanan yang sihat lagi seimbang, kekal aktif, makan suplemen dan mampu menjana pendapatan yang banyak.

Di Opera House, Sydney, Australia

Pada post kali ini saya akan ringkaskan bagaimana untuk mendapat keempat-empat perkara yang saya sebut tadi. Saya juga menyediakan link yang anda boleh klik untuk merujuk kepada post-post yang lepas yang berkaitan.

Makanan Sihat Lagi Seimbang
Makanan yang sihat lagi seimbang ialah makanan yang lengkap dengan nutriennya. Nutrien adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk melakukan fungsi dengan betul. Nutrien terbahagi kepada makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien diperlukan dalam kuantiti yang banyak sementara mikronutrien dalam kuantiti yang sedikit. Terdapat empat jenis makronutrien iaitu Protein, Karbohidrat, Lemak dan Air. Mikronutrien pula ada dua jenis iaitu Vitamin dan Mineral. Lagi besar nisbah mikronutrien kepada makronutrien adalah lagi bagus.Sebagai panduan umum dalam pemakanan seharian anda memerlukan setengah daripada hidangan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Perlu di ingat bahawa kentang tidak dikira sebagai sayur-sayuran kerana kesan negatifnya terhadap gula dalam darah. Satu perempat pula adalah bijirin yang penuh maksudnya yang tidak diproses seperti beras perang, whole wheat, barli, quinoa, dan makanan yang dibuat dengannya. Ini tidak termasuk roti putih, beras putih dan lain-lain. Satu perempat lagi ialah protein seperti ikan, ayam, kacang, hadkan daging merah, dan elakkan daging yang diproses seperti sosej.

Anda memerlukan lemak dalam pemakanan dalam kuantiti yang sederhana dan merupakan lemak yang baik. Pilih lah minyak sayuran yang sihat seperti minyak zaitun, canola, soya, jagung, bunga matahari, kacang tanah, dan sebagainya, dan elakkan minyak yang dihidrogenkan sebahagian, yang mengandungi lemak trans tidak sihat. Perlu diingat minyak ini adalah untuk stir fry. Ia tidak berapa sesuai untuk deep fry. Jika anda teringin untuk deep fry anda boleh menggunakan minyak sawit kerana ia lebih sesuai untuk suhu yang tinggi.

Elakkan dari minum air yang bergula tinggi seperti air dalam tin. Hadkan susu dan produk tenusu kepada satu hingga dua hidangan setiap hari. Jus ataupun perahan buah-buhan juga perlu dielakkan kerana ia mengandungi kebanyakannya gula. Semasa memerah kebiasaannya jus sahaja yang diminum dan seratnya dibuang. Jika teringin juga campurkan serat secukup rasa yang anda boleh. Saranan saya makanlah buah penuh.

Kekal Aktif
Anda perlu menggandingkan pemakanan yang sihat lagi seimbang dengan kehidupan yang aktif. Anda perlu melakukan senaman. Pilih lah senaman yang sesuai untuk anda. Terdapat dua jenis senaman iaitu aerobik dan anaerobik.

Senaman aerobik kadang-kadang dikenali sebagai kardio adalah senaman yang memerlukan jantung untuk mengepam darah yang ber-oksigen ke otot. Senaman aerobik merangsang kadar denyutan jantung dan kadar pernafasan. Contoh senaman aerobik ialah berjalan kaki, jogging, berenang dan bermacam-macam lagi. Aerobik bermakna dengan oksigen, anaerobik pula bermakna tanpa oksigen. Senaman anaerobik adalah aktiviti jangka pendek, ber-intensiti tinggi, di mana permintaan badan anda untuk oksigen melebihi bekalan oksigen yang tersedia. Sumber tenaga yang disimpan di dalam otot dan, tidak seperti senaman aerobik, tidak bergantung kepada oksigen dari udara (bernafas). Contoh latihan anaerobik termasuk lah mengangkat berat, larian pecut, pendakian bukit, dan berbagai senaman yang berintensiti tinggi dan pantas. Dengan senaman anaerobik anda akan membina otot. Tidak semestinya anda menjadi sado. Dengan otot yang terbina anda boleh membakar lemak dalam keadaan anda berehat seperti ketika anda sedang tidur.

Suplemen
Suplemen adalah diperlukan untuk merapatkan kekurangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Antara sebab yang boleh menyebabkan anda kurang nutrien ialah makanan yang anda makan memang sudah kurang nutrien nya antaranya disebabkan oleh cara memasak yang over cooked, tanah tempat menanam sudah kekurangan nutrien disebabkan sudah banyak kali bilas, makanan di import dari tempat yang jauh yang sudah lama di dalam simpanan di gudang. Dalam melangsungkan kehidupan nutrien didalam badan anda juga munkin terhakis disebabkan oleh faktor kehidupan seperti stress yang mana sukar untuk dielakkan, pencemaran udara atau air dan berbagai sebab lagi. Untuk merujuk kembali kenapa anda perlu untuk makan suplemen sila klik disini. Pemakanan yang sihat lagi seimbang membekalkan badan dengan nutrien yang mencukupi untuk melaksanakan tugasan rutin. Suplemen seperti vitamin, mineral, asid lemak penting dan sebagainya memperkaya persekitaran dalaman badan untuk menguatkan perlindungan, pembaikan, dan regenerasi selular dan menyokong proses pembaharuan sel. Suplemen yang biasa diambil termasuk vitamin, mineral dan produk herba yang juga dikenali sebagai botani. Suplemen adalah diperlukan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang cukup dan untuk mengekalkan atau memperbaiki kesihatan. Perlu di ingat ialah suplemen bukan lah untuk menggantikan makanan yang sihat lagi seimbang.

Apa yang anda pilih anda perlu tahu cara memilih yang terbaik termasuklah memilih suplemen. Saya dan keluarga saya memilih suplemen dari Shakle kerana terbukti berkesan dan merupakan yang terbaik. Produk dari Shaklee yang diedarkan adalah halal. Saya nak kongsikan sedikit Suplemen Shaklee yang diedar di Malaysia. Anda boleh ambil suplemen ini untuk diri anda sendiri dan keluarga ataupun anda boleh edarkan kepada orang lain. Suplemen mana yang harus anda ambil ialah bergantung kepada keperluan anda. Setiap suplemen ada cadangan berapa harus anda ambil setiap hari.

Vivix®
Vivix adalah minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Vivix adalah merupakan minuman yang kaya dengan polifenol. Campuran dari tumbuhan yang saya sebut tadi menyediakan anda dengan 16 jenis polifenol untuk meningkatkan prestasi kehidupan, produktiviti dan stamina anda kerana polifenol meningkatkan jumlah pengeluaran mitokondria (semacam dinamo) dalam sel badan anda.

Dengan pembaharuan sel yang lebih efektif dan efisien anda juga boleh menjadi awet muda dengan paras tenaga yang meningkat, sendi yang kuat yang membolehkan anda hidup aktif dengan mobiliti yang baik, imuniti yang kuat yang boleh melindungi anda dari ancaman penyakit dan meningkatkan kesihatan reproduktif. Testimoni dari saya dan isteri saya ialah komen dari kawan-kawan kami bahawa kami kelihatan lebih muda dari angka umur kami dan komen khusus untuk isteri saya dari kawan dia ialah dia nampak anggun dan ranggi. Secara ringkasnya kami menjadi awet muda walaupun sudah ramai anak dan cucu. Jika kami boleh mendapat kebaikan Vivix saya percaya anda pun boleh. Testimoni yang lain ialah Vivix berjaya membantu pesakit diabtetes, paru-paru berair, resdung, auto-imun, resdung dan mengelak cancer.

OmegaGuard™
OmegaGuard adalah minyak ikan tulen yang berpekatan tinggi. Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan iaitu asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu menghasilkannya sendiri. Dua jenis utama adalah EPA (asid EicosaPentaenoic) dan DHA (asid DocosaHexaenoic) yang penting untuk kesihatan anda. OmegaGuard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk.

OmegaGuard diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar. OmegaGuard baik untuk ibu hamil untuk membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin, membantu memori, otak, sistem saraf, retina dan lain-lain. Untuk ibu pula ia membantu mengawal tahap kolesterol dan berat badan dan memberi imun kepada sistem tubuh.

OsteMatrix™
Antara anggota badan yang diperlukan agar anda kekal aktif ialah tulang yang baik. Tulang memainkan banyak peranan dalam tubuh – menyediakan struktur, melindungi organ, mengikat otot dan menyimpan kalsium. Dalam sekitar umur dalam tiga puluhan tulang kita mula susut dan tidak berapa padu atau dengan kata lain ketumpatan sudah menurun. Ketumpatan tulang yang rendah adalah apabila kepadatan tulang anda lebih rendah daripada biasa, tetapi tidak cukup rendah untuk dianggap sebagai osteoporosis. Ini mungkin bermakna anda mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapatkan osteoporosis jika anda kehilangan tulang di masa depan kerana anda mempunyai tulang yang kurang. Yang bagus nya mengenai tulang ialah yang susut itu boleh didapati semula atau dengan kata lain boleh reverse dengan ikhtiar melakukan senaman, makanan dan pengambilan suplemen. Anda boleh mengambalikan tulang yang padu dengan OsteMatrix yang mengandungi kalsium yang merupakan bahan asas untuk membina tulang, magnesium untuk membantu menghantar kalsium kepada tulang, boron membantu metabolisme tulang, vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium, kuprum, zink and mangan untuk mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.

Collagen Powder
Kolagen adalah protein yang terdapat dalam semua organ dan tisu badan. Ia memberikan matriks yang mengekalkan struktur badan. Fungsi utama kolagen adalah untuk mengekalkan tendon, kulit dan tulang rawan. Ia memberikan integriti, ketegangan dan keanjalan kepada struktur mereka. Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah yang boleh menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah.

Tingkatkan kolagen anda sekarang untuk kulit yang kelihatan lebih sihat! Sumber kolagen yang biasa dan murah ialah daripada  lembu, babi dan  ayam. Kolagen Shaklee adalah dari sumber ikan. Collagen Powder dari Shaklee menyediakan anda dengan 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Red Snapper Scale), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah yang hidup di air dalam. Collagen Powder boleh membantu menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, eye bag hilang, gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.

NutriFeron®
NutriFeron dicipta oleh ahli sains yang menemui interferon, pakar imunologi terkemuka dunia Dr Yasuhiko Kojima, yang menjalankan penyelidikan selama 40 tahun untuk mencari sebatian semula jadi.Formula eksklusif berpaten ini dicipta untuk meningkatkan tahap interferon secara semula jadi, memberikan sokongan pertahanan dari peringkat sel. NutriFeron boleh membantu dalam masalah sesak nafas, asma, mengelakkan demam dan sebagainya.

Itu adalah sebahagian dari suplemen Shaklee. Banyak lagi sebenarnya seperti Vita E Complex, Carotomax, Peppermint Ginger Plus, Garlic Complex,  Vita Lea Iron Formula, Alfalfa Complex , Lecithin,Sustained Release Vita-C Plus,  B-Complex, Phytocol-ST, Herb Lax, Vita-Lea dan lain-lain.

Dengan berkongsi pengalaman diri sendiri dan dari orang lain dan juga info yang berguna dari Shaklee anda dapat membantu insan lain untuk melangsungkan kehidupan dengan baiknya. Ini adalah antara amalan yang mulia.

Menjadi Pengedar Shaklee
Dengan menjadi Pengedar Shaklee anda boleh menikmati harga produk pada harga pengedar. Contohnya jika anda menjadi pengedar dan membeli OmegaGuard anda perlu membayar RM115.54 berbanding dengan harga runcit RM144.43. Ini sangat menjimatkan. Anda juga boleh mengahadiri ceramah kesihatan, menerima pemeriksaan dan rundingan kesihatan oleh Pakar Pemakanan Shaklee.

Peluang Untuk Menjana Pendapatan
Jika anda ingin menjana pendapatan Shaklee ada menyediakan pelan untuk anda. Pelan ini terbukti berjaya.

Anda boleh mendapat untung runcit dengan membeli mana-mana produk dengan harga pengedar dan menjual dengan harga runcit. Apabila anda serta Pengedar Kumpulan Peribadi anda menjana jualan produk bulanan, anda akan menerima bonus berdasarkan jumlah jualan produk tersebut. Bonus yang selanjutnya yang anda boleh dapat ialah Bonus Kepimpinan dan Infiniti. Antara kelebihan yang lain jika anda sudah berjaya sampai ke pangkat Supervisor dan keatas dengan mata yang terkumpul anda layak untuk jalan jalan sakan bersama keluarga ke desitinasi hebat yang dianjurkan oleh Shaklee, dalam negara dan sekeliling dunia. Kami sekeluarga telah mengecapi kelebihan ini. Alhamdulillah. Jika kami boleh anda pun boleh. Cara untuk menjadi Pengedar Shaklee adalah mudah. Sila klik disini untuk mengetahui caranya.

Kami bersedia untuk membantu anda untuk berjaya

Jadilah Pengedar Shaklee kerana anda akan mendapat banyak kelebihan nya. Jadilah rakan niaga kami. Kami bersedia membantu anda untuk berjaya. Insya Allah.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi 🙂
Hasmad Ahmad
HP : 011-15167524
ID Shaklee : 919307

Leave a Comment